PERSATUAN PUSAT SUMBER SMK SACRED HEART

Latar Belakang

Perpustakaan SMK Sacred Heart telah dibina pada tahun 1973 dan diberi nama Perpustakaan Ling Chu Ming.  Pada mulanya perpustakaan Sacred Heart adalah di bawah kuasa Lembaga Pengawas. Oleh sebab kesuntukan masa dalam menjalankan tugas serentak, satu pentadbiran baru telah ditubuhkan untuk mengawasi dan mentadbir perpustakaan Sacred Heart mulai tahun 1990. Satu majlis penyerahan kuasa telah diadakan pada 25 April 1990.  Kuasa pentadbiran baru dinamakan sebagai Lembaga Pustakawan. Sistem pengautomasian perpustakaan dimulai pada sesi 1998/99.

Perpustakaan Junior telah dibina dan dirasmikan pada 5 Jun 1998.  Ia terletak di tingkat bawah bangunan blok satu.  Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar sesi petang.  Oleh itu, perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan meminjam buku-buku cerita dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada pelajar dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan tiga selaras dengan program Nilam yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.  Ia bertujuan untuk meningkatkan daya penguasaan pelajar dalam ketiga-tiga bahasa tersebut.  Oleh itu, perpustakaan Junior telah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku cerita mengikut tiga tahap, iaitu tahap rendah (berbintik merah), tahap sederhana (berbintik kuning), tahap tinggi (berbintik biru).  AJK pustakawan Junior juga mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali sebulan untuk melancarkan sistem pentadbiran.

Perpustakaan Senior dan Junior telah dipindah ke tingkat 3, blok 3 pada tahun 2005.  Bilik Sumber baru ini telah mula beroperasi pada 01/02/2005.  Perpustakaan Junior telah digabungkan dengan Perpustakaan Senior dan dijadikan Pusat Sumber Sekolah (Resource Centre) sekarang.