PERSATUAN PUSAT SUMBER SMK SACRED HEART

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Ketua Pengawas PPS

  • Menyusun jadual tugas bagi pengawas PPS
  • Mengendalikan peminjaman bilik bacaan.
  • Mengendalikan peminjaman alatan/ harta benda perpustakaan seperti: cawan, garpu, sudu, baldi, dan sebagainya.
  • Mendapatkan bahan bercetak daripada guru setiap hari waktu rehat (waktu persekolahan)
  • Merancang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi perjawatan (Perkara yang dirancang seperti sub-komiti bertanggungjawab, jenis aktiviti dan tarikh yang dijangka).
  • Mewakili PPS mendapat peruntukan daripada pihak berkenaan untuk menjalankan aktiviti.
  • Menentukan hari cuti bagi perpustakaan.
  • Menjaga kebajikan pustakawan/ wati
  • Menjadi penasihat bagi setiap sub-komiti
  • Membuat penyelarasan dan mengemaskini terhadap sistem pentadbiran dan peraturan-peraturan PPS
  • Memeriksa akaun PPS bagi setiap bulan.
  • Mempengerusi kempen penarikan calon pustakawan/ wati
  • Membuat keputusan yang sewajar terhadap perkara-perkara tertentu.
  • Menolong pihak sekolah mengira bayaran alat hawa pendingin.
  • Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat AJK / mesyuarat Am
  • Mengawasi perjalanan aktiviti dan tugasan setiap pengawas PPS
  • Membincang perkara tentang pertukaran tatatertib Persatuan Pusat Sumber dengan guru penasihat sebelum membentang dalam mesyuarat AJK.
  • Membahagikan pustakawan/ wati ke dalam sub-komiti tertentu
  • Sebagai penasihat bagi perpustakaan Junior
  • Senaraikan alat tulis atau bahan lain yang perlu dibeli oleh sekolah kepada guru penasihat.
  • Mengira kadar penggunaan bilik bacaan dan serahkan kepada Penolong Multimedia setiap bulan.
  • Memfailkan segala pemohonan perkhidmatan perpustakaan.
 
2. Timbalan Ketua Pengawas PPS I

·         sebagai penolong utama ketua pengawas PPS
·         Mengawal disiplin pustakawan/ wati
·         Mempertimbangkan sebab-sebab yang dikemukakan oleh pustakawan dan pustakawati melalui surat atas sebab tidak menghadiri 
      aktiviti Mesyuarat Am serta tugasan.

·         Mengutip wang hukuman yang tertangguh lama bersama dengan pengawai disiplin dan bendahari setiap bulan. (jika ada).
·         Mempengerusikan Jamuan Agong Tahunan (AGG).
·         Mengendalikan Night Study.
·         Memfailkan segala surat-menyurat bagi pustakawan/wati dan notis.

3. Timbalan Ketua Pengawas PPS II
  • sebagai penolong kepada ketua pengawas PPS
  • Menyusun jadual tugas bagi semua pustakawan/ wati senior (kecuali waktu pagi semasa waktu persekolahan)
  • Mengawal disiplin pustakawati
  • Menjaga kebajikan pustakawati
 
4. Setiausaha PPS

  • Mengaturkan tugas pada waktu pagi (waktu persekolahan)
  • Merekod minit mesyuarat AJK / Mesyuarat Am dan dalam tempoh 2 minggu perlu menghantar minit untuk disahkan oleh Ketua Pengawas PPS. (mencatatkan bilangan orang yang hadir)
  • Menulis surat rasmi kepada sesiapa yang berkenaan
  • Mengawal disiplin pustakawan/ wati yang menjalankan tugas pada waktu pagi (waktu persekolahan)
  • Menyediakan senarai nama dan butir-butir pustakawan/ wati
  • Perlu melibatkan diri dalam “cetusan hati” (majalah tahunan PPS)
  • Menyediakan laporan tahunan untuk majalah sekolah.
  • Melengkapkan dan membuat catatan yang perlu terhadap buku rekod catatan bahan bercetak setiap 2 minggu.
  • Mencatatkan kadar penggunaan bilik mesyuarat setiap bulan
  • Memeriksa buku catatan SPB setiap 2 minggu dan melaporkan kepada Timbalan I jika terdapat pelajar belum kembali buku (sudah lama tarikh luput).
  • Bertanggungjawabterhadap segala urusan buku SPB.
  • Melukis pelan perpustakaan ( bilik sumber dan bilik bacaan ).
  • Mengendalikan segala hal ehwal bilik mesyuarat PPS.
  • Memfaikan minit mesyuarat, laporan aktiviti-aktiviti PPS, dan surat-surat rasmi.
 
5. Bendahari PPS

  • Mengutip wang hukuman, bayaran kad saku dari kad keahlian PPS serta bayaran ganti rugi (alatan dan buku)
  • Membuat akaun PPS setiap bulan
  • Menyemak akaun selepas setiap aktiviti yang diadakan
  • Mengendalikan gambar negatif setiap aktiviti
  • Mencuci gambar
  • Membeli barang keperluan, alat tulis (sekiranya perlu) dan lain-lain
  • Ketua pengarang bagi cetusan hati
  • Memproses pemohonan kad keahlian PPS
  • Setiap kali mesyuarat AJK, bendahari PPS perlu membentang keadaan kewangan PPS yang terkini jika diminta oleh guru penasihat.
  • Menyemak penyata akaun dengan guru penasihat setiap bulan ( Jumaat terakhir )
  • Perlu memeriksa buku hukuman Junior dan Senior serta mencari pengguna yang belum menjelaskan hukuman dalam bulan tersebut dengan bantuan Ketua Pengawas PPS I atau guru penasihat.
 
6. Ketua Junior

  • Sebagai ketua di perpustakaan junior.
  • Mengawal displin pustakawan junior.
  • Mengendalikan hal ehwal kad saku perpustakaan junior .
  • Sebagai bendahari dan setiausaha bagi sesi junior.
  • Mempengerusikan mesyuarat am pustakawan junior.
  • Menyerahkan senarai nama bekas pustakawan junior kepada Ketua Multimedia.
 
7. Penolong Ketua Junior

  • Menolong ketua junior dalam hal ehwal perpustakaan junior.
  • Sebagai ketua kebersihan di Seksyen Fiksyen.
  • Menyusun jadual bertugas pustakawan junior.
  • Memproses buku yang bermasalah (buku Fiksyen).
  • Sebagai ketua dalam kempen kebersihan (Junior)
 
8. Pengawas Pemprosesan PPS

  • Memproses semua buku rujukan, buku cerita yang baru dibeli oleh sekolah atau diderma oleh orang lain untuk Perpustakaan Junior dan Senior.
  • Memastikan setiap buku yang diproses, datanya telah dimasukkan ke dalam komputer sebelum dipinjam oleh pengguna.
  • Membahagikan semua pustakawan/ wati kepada seksyen yang ditentukan untuk mengatur buku dan memilih Ketua Seksyen yang ditentukan untuk mengatur buku dan memilih Ketua Seksyen bagi setiap Seksyen.
  • Memastikan ketua seksyen menjalankan tanggungjawab mereka (ketua seksyen perlu memastikan ahli mereka menyusun buku dalam format yang betul, setiap kali selepas waktu persekolahan)
  • Menyusun ketua seksyen untuk datang membalut buku selepas buku yang baru telah siap dicatatkan ke dalam buku pemprosesan.
  • Buku yang terkoyak atau rosak akan letak pada kaunter dan akan diproses semula dengan secepat mungkin.
  • Membuat hapus kira bagi buku yang telah hilang.
  • Terlibat dalam pemeriksaan stok setiap hujung tahun.
  • Menguncikan buku-buku baru di dalam almari sebelum diproses.
 
9. Penolong Pengawas Pemprosesan PPS I

  • Bertanggungjawab pameran buku
  • Memproses semua buku rujukan, buku cerita yang baru dibeli oleh sekolah atau diderma oleh orang lain untuk perpustakaan Junior & Senior.
  • Memilih ketua seksyen yang ditentukan untuk mengatur buku dan memilih ketua seksyen bagi setiap seksyen.
  • Memastikan ketua seksyen menjalankan tanggungjawab mereka (ketua seksyen perlu memastikan ahli mereka menyusun buku dalam format yang betul setiap kali selepas waktu persekolahan)
  • Menyusun ketua seksyen untuk datang membalutkan buku selepas buku yang baru telah siap dicatatkan ke dalam buku pemprosesan.
  • Buku yang terkoyak atau rosak akan diletak pada kaunter dan akan diproses semula dengan secepat mungkin.
  • Mencatatkan data-data buku ke dalam buku catatan data buku.
 
10. Penolong Pengawas Pemprosesan PPS II

  • Mengumpulkan maklumat isu-isu semasa dari suratkhabar dan failkan.
  • Merekod majalah baru ke dalam buku catatan majalah dan memproseskan.
  • Majalah majalah lama diproses semula iaitu 6 atau 12 buah majalah lama dijilibkan menjadi majalah tebal.
  • Projek-projek yang diderma kepada Perpustakaan diproses juga.
  • Menguruskan bahan bacaan tambahan seperti katalog, risalah, majalah sekolah,dan buku panduan lanjutan pelajaran.
  • Menfailkan kertas soalan tahun lepas dan menguruskan soalan ramalan.
  • Menguntingkan maklumat yang menarik dari suratkhabar untuk melekatkan pada sudut membaca di bilik bacaan.
  • Memaparkan keratan akhbar pada sudut bacaan dan mengemaskinikannya setiap bulan.
 
11. Penolong Pengawas Pemprosesan PPS III

  • Menolong Ketua Pemprosesan dalam pemprosesan buku
  • Membuat hapus kira bagi buku lama
  • Terlibat dalam pemeriksaan stok pada penghujung tahun
  • Bertindak sebagai penolong kepada penolong Pengawas Pemprosesan PPS I dalam pameran buku
 
12. Pengawas Kebersihan PPS

  • Menjaga kebersihan perpustakaan (bilik sumber dan bilik bacaan)
  • Mempengerusikan kempen kebersihan 1 dan 3.
  • Membahagikan pustakawan/ wati kepada 4 kumpulan yang bertugas pada Isnin dan Khamis masing-masing.
  • Memastikan kerja pembersihan dijalankan dengan sempurna.
  • Membahagikan tugas setiap pustakawan/ wati semasa kempen kebersihan.
  • Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru penasihat demi bantuan juruteknik.
 
13. Penolong Pengawas Kebersihan PPS

  • Menjadi penolong utama bagi Pengawas Kebersihan PPS
  • Mempengerusikan kempen kebersihan 2
  • Menguruskan kebersihan di bilik bacaan
.
14. Pengawas Multimedia PPS

  • Menaipkan maklumat buku ke dalam sistem komputer.
  • Masukkan data-data pelajar yang memohon kad keahlian PPS
  • Mempengerusikan pemeriksaan stok bagi bahan bercetak dan bahan media
  • Menaipkan sijil untuk para pustakawan/ wati
  • “Back-up” untuk maklumat komputer terkemaskini dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan bar-code” yang baru serta menggantikan yang hilang ,rosak atau buku baru (apabila diminta oleh ketua pemprosesan).
  • Perlu membuat hapus kira terhadap bahan media dan bahan bercetak yang hilang dengan bantuan sub komiti pemprosesan
  • Menetapkan dan mengemaskinikan peraturan di bilik ICT dengan bantuan guru penasihat PPS.
  • Menguruskan borang permohonan bilik ICT
  • Menyelaraskan dan memantau permohonan penggunaan komputer di bilik ICT
  • Menerima senarai nama bekas pustakawan junior daripada Ketua Junior.
 
15. Penolong Pengawas Multimedia PPS

  • Menjadi pembantu kepada pengawas Multimedia untuk segala urusan berkenaan
  • Membantu menaipkan maklumat buku ke dalam sistem komputer
  • Membantu menjalankan pemeriksaan stok bagi bahan bercetak dan bahan media
  • Membantu menyediakan “bar-code” yang baru serta menggantikan yang hilang atau rosak apabila diminta oleh ketua pemprosesan
  • Bertanggungjawab terhadap bahan media (PC Rom dan VCD)
  • Membantu dalam hapus kira terhadap bahan media dan bahan bercetak yang hilang
  • Memproses bahan media yang baru dibeli
  • Bertanggungjawab terhadap media corner
  • Bertanggungjawab untuk mengendalikan jadual, carta dan graf mengenai kekerapan peminjaman bahan bercetak dan bukan bercetak serta penggunaan pelbagai jenis kemudahan PPS untuk dilekatkan di papan notis setiap bulan
  • Membantu menaipkan maklumat buku ke dalam sistem komputer.
  • Bekerjasama dengan Penolong Pemprosesan 2 dalam menghasilkan CD yang mengandungi keratan akhbar.
  • Menerima kadar penggunaan kemudahan PPS dari Ketua Pengawas PPS dan Setiausaha.
 
16. Pengawas Pembaikan dan Kecantikan I

  • Menjaga kecantikan perpustakaan dan menguruskan segala kerja pembaikan
  • Melakukan kerja penghiasan bilik sumber dari semasa ke semasa
  • Kerja pembaikan seperti memperbaiki meja yang rosak, tilam yang berlubang dan lampu yang tidak berfungsi perlu dilakukan dengan segera
  • Bunga-bunga sama ada hidup atau palsu yang terletak di bilik Sumber di bawah tanggungjawab sub-komiti Pembaikan dan Kecantikan
  • Merekodkan jenis dan bilangan alat tulis/harta yang terdapat dalam perpustakaan.
  • Melabelkan segala inventori di bilik pentadbiran dan perpustakaan untuk mengesahkan hak milik sekolah
  • Merekodkan jenis dan bilangan alat tulis/ harta yang terdapat dalam perpustakaan.
  • Bertanggungjawab terhadap kecantikan dan penghiasan papan notis dan sudut bacaan di perpustakaan ( 3 bulan sekali ) dan papan notis di kawasan sekolah.
 
17. Pengawas Pembaikan dan Kecantikan II

  • Menjaga kecantikan perpustakaan dan menguruskan segala kerja pembaikan
  • Melakukan kerja penghiasan bilik sumber dari semasa ke semasa
  • Bunga-bunga sama ada hidup atau palsu yang terletak di bilik sumber di bawah tanggungjawab sub-komiti Pembaikan dan Kecantikan
  • Mempamerkan katalog buku baru PPS di papan notis Lorong Ilmu
  • Bertanggungjawab terhadap kecantikan dan penghiasan papan notis lorong ilmu ( blok 2) 2/3 minggu sebelum tarikh perayaan/aktiviti:
-          Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari  Gawai, Mooncakefestival, Christmas,  perayaan lain , Sempena Bulan 
      Bahasa, Hari Guru dan 
sebagainya

18. Pengawas BSG

l         Menyusun jadual tugas bagi ahli sub-komiti PSS.
l         Menyediakan laporan tahunan bagi sub-komiti PSS untuk Cetusan Hati.
l         Menghasilkan kod bar bagi guru-guru.
l         Memproses semua buku rujukan dan bahan-bahan bantu ajar di Bilik Sumber Guru.
l         Menaip maklumat-maklumat buku dan bahan bantu ajar di Bilik Sumber Guru ke dalam komputer.
l         Mengendalikan pemeriksaan stok bagi buku-buku dan bahan bantu ajar di Bilik Sumber Guru pada hujung tahun.
l         Mengendalikan peminjaman dan pemulangan buku-buku serta bahan bantu ajar di Bilik Sumber Guru.
l         Mengemaskini maklumat dalam computer dari semasa ke semasa.

19. Pengawas Nilam
l         Menguruskan semua kerja yang berkaitan dengan Nilam

 

senarai_ahli_2010.xls
File Size: 36 kb
File Type: xls
Download File

data_keahlian_mengikut_kaum_2008.doc
File Size: 31 kb
File Type: doc
Download File