PERSATUAN PUSAT SUMBER SMK SACRED HEART

Perlembagaan

1. NAMA :  PERSATUAN PUSAT SUMBER SMK 
                     SACRED HEART
    ALAMAT : JALAN OYA , SIBU

2. NO. PENDAFTARAN :   /

3. MATLAMAT

3.1  Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah

3.2 Memupuk minat belajar di kalangan pelajar

3.3 Membentuk golongan pelajar yang berilmu,  dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu  pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri.

4. OBJEKTIF

4.1 Memudahkan para pelajar sekolah ini mengetahui dan menggunakan kemudahan perkhimatan PSS untuk meningkat keberkesanan proses pembelajaran.

4.2 Menyediakan kemudahan dan kelengkapan terkini seperti CD-ROM dan perkhidmatan INTERNET untuk mengumpulkan maklumat demi pembinaan ilmu serta dapat dinikmati oleh pelajar sekolah.

5.      
KEAHLIAN

5.1  Dibuka kepada semua pelajar sekolah.

5.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan aktiviti persatuan ini.

6. GURU PENASIHAT

6.1   Guru penasihat adalah daripada guru sekolah ini.
6.2  Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan

6.4  Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

 7. AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai 
        AJK.

7.3 Pemilihan AJK secara mento-mendee oleh bekas AJK.

7.4 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat letak jawatan kepada Guru Penasihat.

7.5 Ahli yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat letak jawatan kepada AJK selepas
        melalui Guru Penasihat.

7.6       Ahli AJK persatuan hendaklah terdiri :

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

AJK

 
8.       KEWANGAN

8.1       Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.2       Peruntukan daripada sekolah

 
9.       KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1   Ahli-ahli kelab dikehandaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

 
10.   AKTIVITI

10.1  Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK.

10.2    Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh AJK selepas berbincang dengan Guru    
         Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.


11.   PERATURAN-PERATURAN

11.1       Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

11.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3       Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


12.   TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak 
         mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2       Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :

12.2.1      Amaran lisan

12.2.2      Amaran bertulis

12.2.3      Gantung keahlian

12.2.4      Pecat keahlian

12.3       Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4    Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
         Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 
13.   PINDAAN PERLEBMBAGAAN

13.1       Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir   
          sekolah secara bertulis.

13.3       Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan
          tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4       Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan persatuan dan disahkan
          oleh Pengetua.


14.   PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
          perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 
15.   HAL-HAL LAIN

15.1    Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2    Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.